Thursday, August 13, 2009

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYESUAIKAN PENGGUNAAN TANAH GAMBUT DALAM PERKEBUNAN

Kalau dibandingkan tanah gambut yang diproses dengan penyubur tanah yang lain seperti kompos, baja najis haiwan, 'coco peat', sekam padi dan lain-lain produk. Tanah gambut diproses adalah penyubur tanah yang lebih ideal kerana keseimbangan sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi. Tanah gambut diproses adalah lebih baik untuk kegunaan di dalam penanaman.

Sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi tanah gambut ini membolehkannya digunakan sebagai satu substrat tulen ataupun satu campuran tanah garam galian dalam perkebunan. Beberapa ciri yang penting bagi tanah gambut dalam penggunaan tersebut adalah seperti berikut:

a)Tanah Gambut Memperbaiki Struktur Tanah Secara Fizikal

1. Keupayaan Menyimpan Air

Tanah gambut memperbaiki keupayaan menyimpan air bagi tanah garam-galian terutamanya tanah berpasir yang mudah kehilangan air.

2. Pengudaraan
Liang-liang udara yang besar dalam tanah gambut memperbaiki pengudaraan tanah terutamanya tanah liat. Tanah liat berliang udara yang kecil di mana ia dapat menyimpan air dengan baik tetapi lemah dengan daya penembusan air dan pengudaraan.

3. Pengairan
Liang-liang udara yang besar dalam tanah gambut juga memperbaiki pengairan tanah.

Ketiga-tiga ciri fizikal tersebut iaitu keupayaan menyimpan air, keupayaan menyimpan udara serta pengairan yang baik menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan akar, ini akan meningkatkan penyerapan zat-zat makanan dan perkembangan akar, ini akan meningkatkan penyerapan zat-zat makanan dan pertumbuhan tanaman.

b)Tanah Gambut Memperbaiki Tanah Secara Kimia

Sifat Penyimpanan Zat Makanan Yang Baik
Tanah gambut mempunyai muatan pertukaran kation yang baik dan dapat menyimpan unsur pemakanan untuk kegunaan tumbuhan. Ini bermakna tanah gambut dapat mengurangkan kehilangan unsur pemakanan dalam tanah secara resapan dan sejatan terutamanya dalam iklim Malaysia yang panas sepanjang tahun dan kerap kali hujan.

c)Tanah Gambut Memperbaiki Tanah Secara Biologi

Tanah Gambut Memperkayakan Mikroorganisma Dalam Tanah
Tanah gambut menggalakkan aktiviti-aktiviti biologi dalam tanah. Ini berlaku apabila ia menjadi perumah kepada mikroorganisma tanah yang akan menghadamkan bahan-bahan dalam tanah gambut dan menggunakan zat gula dan karbon sebagai sumber tenaga. Semasa proses ini, humus dan asid-asid organik dilepaskan sebagai makanan kepada tumbuh-tumbuhan. Nitrogen dalam bentuk organik yang terikat dalam tanah gambut secara kimia juga digunakan untuk tumbesaran tumbuhan.

Di kawasan tropika, kandungan humus di dalam tanah mereput dengan cepat. Jikalau tidak digantikan dengan bahan organik, tanah tersebut akan semakin berkurangan kandungan humusnya. Tanah gambut adalah kaya dengan sumber humus selepas ia dihadamkan oleh mikroorganisma tanah.

d) Jangka Hayat Yang Panjang

Dibandingkan dengan penyubur tanah yang lain, tanah gambut yang diproses mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi dan mampu kekal selama beberapa tahun di dalam tanah, Proses pereputan yang perlahan ini dapat memberikan kesan organik yang lebih lama kepada tanaman seterusnya dapat mengurangkan kos kepada pengguna. Walaubagaimanapun, kadar pereputan tanah gambut diproses adalah bergantung pada cara penggunaan, suhu, hujan dan faktor fizikal yang lain.

e) Bebas Daripada Patogen

Tanah gambut mempunyai kadar dijangkiti penyakit mikroorganisma tanah yang rendah berbanding tanah garam galian yang lain. Ini adalah kerana keadaan anaerobic atau keadaan di mana tiadanya sumber oksigen semasa pembentukan tanah gambut. Tambahan pula, kebanyakan kuman penyakit tanah tidak dapat hidup dalam keadaan terlalu berasid. Maka tanah gambut memberikan faedah terutamanya bagi penanaman tumbuhan sensitif seperti tomato, bunga carnation dan chrysanthemum.

f)Bebas Dari Rumput Rampai

Dalam keadaan yang sentiasa bertakung dengan air serta pH yang rendah, tanah gambut adalah medium yang bebas dari rumput-rampai. Ini membolehkan tanaman tumbuh dalam keadaan yang bebas dari persaingan rumput-rampai. Sifat ini adalah penting dari segi ekonomi terutamanya ia dapat memelihara tanaman yang bermutu dan bernilai tinggi. Sebagai contoh, padang golf memerlukan penjagaan yang sangat rapi dari ditumbuhi rumput liar, oleh itu tanah gambut adalah substrat yang sesuai sebagai lapisan media penanaman rumput.

g) Kesebatian Struktur dan Kandungan Tanah Gambut Sebagai Substrat Tumbesaran

Kesebatian dalam struktur dan kandungan tanah gambut sebagai media tumbesaran menyumbang kepada keadaan tumbesaran yang baik berbanding dengan tanah garam galian yang lain. Ini adalah terutamanya penting dlam penghasilan pembiakan biji-biji benih secara besar-besaran atau pertumbuhan tanaman sensitif. Tanah garam galian sebaliknya, berubah-ubah dalam struktur, kandungan pasir, tanah liat dan lumpur serta kandungan zatnya.

Tuesday, August 4, 2009

Panduan Menanam dengan 'PEATGRO'

1) Semaian Biji Benih

Masukkan PEATGRO ke dalam 'tray', ratakan dan mampatkan. Masukkan biji benih ke dalam lubang 'tray' dan siram dengan air sehingga basah sepenuhnya.
2) Tanaman Pasu/Polibeg/Keratan Batang

Campurkan PEATGRO bersama media tanah dan pasir mengikut nisbah 2:3:1.Boleh juga menggunakan PEATGRO dan tanah pada nisbah 1:2


3) Batas Tanaman

Taburkan 5cm PEATGRO di atas batas tanaman dan gaulkan PEATGRO sehingga 10-15cm ke dalam batas.

4) Lubang Tanaman

Campurkan PEATGRO dengan tanah asal lubang yang telah dikorek pada nisbah 1:2, boleh ditambah pasir. Sekiranya tanah asal adalah tanah liat.

5) Menanam Rumput

Taburkan 3cm PEATGRO di atas permukaan padang, gaulkan PEATGRO sehingga 10-15cm ke dalam tanah/pasir.

Sekiranya menggunakan biji benih, taburkan biji benih di permukaan padang dan tambahkan 1cm PEATGRO.

6) Fertigasi

1. Campurkan PEATGRO FIBROUS GRADE dan sekam padi pada nisbah 1:1.

2. Campurkan PEATGRO FIBROUS GRADE dan sabut kelapa pada nisbah 1:1.

3. Boleh juga menggunakan nisbah 1:1:1 bagi campuran PEATGRO FIBROUS GRADE, sekam padi dan 'coco peat'.

7) Baikpulih Tanah Untuk Tanaman Dalam Pasu/Tanaman Sedia Ada/Tanaman Pagaran/Batas Tanaman.

Bersihkan kawasan sedia ada atau pasuan, 'planter box' dari rumput rumpai. Kemudian taburkan 3-5cm PEATGRO di permukaan tanah dan gaulkan PEATGRO ke dalam tanah tanpa merosakkan akar tanaman.

Tuesday, July 21, 2009

Antara Permasalahan Tanah Yang Sering Kita Hadapi..

- Tanah kurang subur dan tandus kerana kurang atau tiada bahan organik. Bakteria baik dan pokok-pokok sangat memerlukan tanah yang mengandungi bahan organik.

-Struktur tanah padat dan berpasir atau pun yang berbatu-batu menyukarkan akar pokok tumbuh dengan sihat.

-Bekalan air terkumpul di permukaan. Di mana, air tidak meresap ke dalam tanah lalu akar tidak dapat menyerap air dengan baik.

-Ada kalanya tanah yang kita beli atau tanah sedia ada mengandungi najis haiwan yang mempunyai pathogen (penyakit).

-Oleh kerana risau dengan keadaan pokok yang kurang berbunga atau berbuah, baja diletakkan pada tanah secara berlebihan. Ini tidak sepatutnya terjadi kerana tanah akan menjadi terlalu berasid di mana tanah yang sedemikian tidak sesuai digunakan dan akhirnya boleh menyebabkan pokok itu mati.


Apa Yang PEATGRO Boleh Lakukan?

- Mampu memperkayakan tanah sedia ada dengan bahan organik yang boleh diuraikan oleh bakteria baik bagi menghasilkan nutrien dan nitrogen untuk pokok.

- Mampu memulihkan struktur tanah yang bermasalah seperti tanah liat dan tanah berpasir. Tanah yang kurang subur juga boleh digunapakai semula.

- Mampu memudahkan aktiviti penanaman anda. Ini kerana, PEATGRO ringan dan mudah digunakan secara terus dari beg. Sama ada ingin menggunakannya 100% mahupun dengan mencampurkannya dengan tanah yang lain.

- Tidak perlu risau tentang pathogen (penyakit) kerana PEATGRO bersih dari najis haiwan dan ia juga bebas dari segala benih rumput rampai.

Apa yang dimaksudkan dengan 'Hidupkan Semula Tanah Anda?'

Media tanaman unik yang terhasil dari tanah gambut asli terpilih ini dapat menyelesaikan pelbagai permasalahan dalam mencari tanah yang subur serta sesuai digunakan untuk tanaman anda. Setelah menjalani beberapa proses tertentu, PEATGRO boleh digunakan 100% secara terus dari beg ataupun dengan mencampurkannya dengan tanah yang lain. Oleh kerana itulah dikatakan PEATGRO mampu 'Hidupkan Semula Tanah Anda'...

Monday, July 20, 2009

SPESIFIKASI PRODUK


# Penyubur tanah organik yang berasaskan tanah gambut terpilih yang diproses.
# Keupayaan menyimpan air iaitu 10-20 kali ganda berat kering asal.
# Kadar pereputan mengikut Von Post Scale H3-H4
# Kapasiti pertukaran kation 80-100meq/100g.
# Kandungan kelembapan 45%-55% bila dipekkan.
# Berbaja asas dan ditingkatkan pH kepada 5.5-6.5
# Isipadu sewaktu dipekkan adalah 400g/liter.

Apa itu PEATGRO?

ORGANIK = PEATGRO
Apakah itu 'Peat'
'Peat' atau tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mengandungi 65% atau lebih bahan organik. Kebanyakkan tanah gambut di Malaysia mempunyai kandungan bahan organik yang tinggi sehingga melebihi 90%.
PEATGRO adalah bahan organik yang terbentuk dari vegetatif seperti rumput-rumput, daun, ranting, akar dan kayu-kayuan yang terendam di kawasan paya yang bertakung. Semestinya keadaan asal tanah gambut PEATGRO adalah berasid. Namun begitu, melalui campuran kapur yang sesuai, ditinggikan pHnya kepada 5.5-6.5 di mana tanah sedia turut digunakan.
Seperti yang kita ketahui betapa pentingnya untuk kita mencampurkan bahan organik di dalam media tanaman. PEATGRO mampu memberikan banyak faedah dan kepentingan dalam menjamin tumbesaran tanaman. PEATGRO juga boleh turut dicampurkan dengan semua jenis tanah.
PEATGRO adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan dan ORGANIK serta bersih berbeza dengan bahan organik yang lain yang kebanyakkannya berasaskan najis haiwan yang terdedah kepada pathogen(penyakit).

PEATGRO ibarat kawan kepada tanah-tanah yang lain atau dengan lebih jelas, PEATGRO boleh dicampurkan dengan mana-mana tanah yang ada pada kawasan perumahan atau kebun ataupun tanah dalam pasu anda yang sudah mengeras. Jadi, seteruk mana sekalipun struktur tanah anda, campurkan sahaja dengan PEATGRO kerana PEATGRO boleh menyuburkan semula tanah anda..

Wednesday, May 27, 2009

MEDIA PENANAMAN TERBAIK

Tanah yang baik memerlukan lebih kurang 5-10% bahan organik bagi menjamin tumbesaran pokok yang sihat.Secara semulajadinya, PEATGRO mengandungi 100% bahan organik asli yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan yang telah mereput dan mati. Dengan mencampurkan PEATGRO ke dalam tanah anda untuk sebarang aktiviti pertanian, ia sebenarnya boleh membantu dalam mengekalkan keseimbangan kandungan mineral tanah tersebut. PEATGRO mampu menyimpan baja, air dan udara dengan baik di samping mampu membantu aliran pengudaraan tanah dengan tidak mengira jenis tanah sama ada tanah liat ataupun tanah berpasir.


KUALITI PROFESSIONAL PENANAMAN DENGAN 'PEATGRO'

Ianya mampu :
  • Memperbaiki penyimpanan air & unsur pemakanan.
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman.
  • Menggalakkan aktiviti organik.
  • Memperbaiki struktur tanah.
  • Jangka hayat yang panjang.
  • Bebas penyakit(Pathogen).
  • Ringan dan sebati.
  • pH mudahsuai.
  • Berbaja asas.